Tema, Tujuan & ObjektifTema, Tujuan & Objektif

Tema:

“ Sinergi Ulama dalam Pemerkasaan Ummah

  • Sinergi Ulama: Menggembleng dan menyatukan tenaga, ilmu, pengalaman, pemikiran dan tindakan-tindakan ulama Nusantara.
  • Pemerkasaan Ummah: Satu usaha berterusan bagi meningkatkan keupayaan ummah supaya dapat menjadi Khalifah Allah.

Tujuan:

Menyediakan wadah bagi ilmuan dan agamawan Islam di Nusantara untuk membincangkan isu-isu kontemporari berkaitan akidah, dakwah, sosial, epistimologi, perundangan, ekonomi, sains dan teknologi, dan jaringan ulama Nusantara bagi tujuan menyediakan gagasan serta saranan untuk menangani masalah dan cabaran semasa dalam masyarakat Islam di Nusantara amnya dan Sarawak khususnya.

Objektif Khusus:

  • Berkongsi peranan, ilmu, pemikiran dan pengalaman ulama silam dalam memperkasakan ummah;
  • Berkongsi pemikiran dan idea para ilmuan dan agamawan untuk mengupayakan ummah dalam menghadapi cabaran semasa; dan
  • Menghasilkan cadangan dan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh ulama dalam memperkasakan ummah khususnya di Sarawak.